Monday, 31 October 2011

kisah cinta yang terpendam

Ini merupakan sebuah kisah yang mungkin akan membuatkan anda melihat betapa pentingnya kita hidup seolah-olah setiap hari merupakan yang terakhir buat kita...

Ada seorang pemuda yang dilahirkan dengan penyakit kanser yang tiada penawarnya. Kita namakannya sebagai A. Dia kini berusia 17 tahun dan dijangka menghembuskan nafasnya yang terakhir bila-bila masa sahaja. Disebabkabn oleh keadaannya itu, dia hanya terperuk di rumahnya, di bawah penjagaan ibunya. Pada suatu hari, dia membuat keputusan untuk melihat dunia luar setelah sekian lama. "Sekali pun, cukuplah atau mungkin ini yang terakhir, tidak mengapa," kata hatinya. Setelah memaklumkan kepada ibunya dan ibunya bersetuju. A tidak pergi jauh, hanya berjalan sekitar deretan kedai berhampiran rumahnya.

Tiba-tiba A berhenti di hadapan sebuah kedai muzik. Seraya dia menjengukkan kepalanya ke dalam, A terpandangkan seorang gadis yang sungguh cantik, lebih kurang sebaya dengan umurnya. Mungkin inilah yang dinamakan cinta pandang pertama. Kaki A terus melangkah masuk.

Dia terus maju ke kaunter di mana gadis itu sedang berdiri. Si gadis melemparkan senyuman yang sungguh manis kepada A sambil bertanya: "Boleh saya bantu?". Di dalam kepala A hanya ada senyuman paling manis pernah dilihatnya selama 17 tahun ini. A tergamam buat seketika sebelum menjawab dengan nada suara yang agak bergetar (gagap): "Saya nk beli CD".

Tangannya pantas mengambil sekeping CD yang sempat tercapai oleh tangannya. Dia kemudiannya menyeluk saku mengeluarkan wang utk bayaran. "Awak nak saya balut ke?" soal gadis tu lg bersama senyuman yg tdk lekang dibibirnya. A hanya mampu mengangguk. si gadis meminta diri untuk ke bilik belakang. Sekali lg A menganggukkan kepalanya. Sejak hari itu, saban hari A akan berkunjung ke kedai tersebut. Dan setiap hari itu jugalah, dia akan membeli CD yg dibalut cantik
oeh gadis itu. A pula, sekembalinya ke rumah tidak pernah membuka CD-CD yg dibelinya itu dan
hanya menyusun di atas rak.

Lagipun, CD-CD tersebut cuma alasan A untuk bertemu gadis itu. A seorang anak muda yang sangat pemalu. Walaupun dia mencuba sedaya upaya untuk memberanikan diri mengajak si gadis keluar, namun lidahnya kelu. Ibu A perasan dgn apa yg berlaku dan sentiasa memberikannya galakan.

Pada suatu hari, A nekad. Seperti biasa, dia keluar ke kedai muzik itu dan membeli Cd dan si gadis akan membalutnya cantik-cantik. semasa si gadis sedang sibuk membungkus Cd tersebut di
bilik belakang, A meninggalkan nmbr telefon di atas kaunter sebelum cepat-cepat keluar dari situ.

Keesokan harinya, A tidak bertandang ke kedai seperti kebiasaannya. Lantas, si gadis cuba
menghubungi menggunakan nombor telefon yg si A tinggalkan semalam.Si ibu yg menjawab
pnggilan itu. Gadis penjual Cd di kedai muzik! Si gadis meminta utk bercakap dgn anak lelakinya
dan si ibu mula menangis.
Gadis itu bertanyakan apa yg telah berlaku? "Tidakkah kamu tahu, dia telah meninggal dunia semalam?" Untuk sekian lama, yg ada hanyalah diam yg panjang. Pd sebelah petangnya, ibu A memasuki bilik anaknya kerana begitu terkenangkan A. Dia membuka almari dan terperanjat melihatkan Cd-cd yang berbalut kemas tanpa satu pn darinya yang dibuka.

Hatinya tertanya-tanya. Dan utk meleraikan persoalannya itu,ibu membuka salah satu daripadanya. Sebaik sahaja dia mengoyakkan balutan itu, si ibu ternampak sehelai kertas kecil yang diselitkn di dalamnya.

Kertas tersebut tertulis "Hai! awak ni cute lah. Kalau boleh, saya ingin berkenalan. Itupun kalau
awak sudi. -Sofea"

Si ibu mula meraung setiap kali dia membuka Cd-cd tersebut, satu demi satu sehinggalah habis
kesemuanya. Tiap satu darinya mengandungi helaian kertas yg tertulis mesej serupa.
"Hai! awak ni cute lah. Kalau boleh, saya ingin berkenalan. Itupun kalau awak sudi.- Sofea"

Sunday, 30 October 2011

PERLUKAH AKU BERSENDIRIAN . . .

perlukah aku bersendirian . . .
sebab hidup yang aku jalani terlalu sunyi . . .
penuh dengan liku2 kehidupan yang aku sendiri tidak tahu apa ?
aku kuat untuk hadapi atau tidak . . .
aku merasakan hidup aku macam tidak ada apa-apa makna . . .
kadang-kadang aku cuba untuk ambik berat pada orang yang paham aku . . .
tidak bermaksud apa-apa . . .
cuma aku ingin menjaganya . . .
kerana tidak semua dapat paham aku . . .
jika ia tersalah anggap . . .
tentang aku . . .
aku minta maaf la . . .
aku tiada niat untuk ganggu dia . . .
sekadar bertanya khabar atau pun perkembangan semasa . . .
tapi entah la . . .
aku takut dia fikir aku ni apa pulak . . .
perlukah aku sepi je tanpa berita . . .
orang yang aku sayang pun senyap menyepi . . .
biarkan aku sendirian . . .
kadang-kadang aku ini terfikir , mungkin aku tidak layak disayangi dan difahami . . .
entah la . . .
aku buntu  . . .
baru ni aku pergi bercuti dengan keluarga aku sekali . . .
tapi aku seolah-olah tiada di tempat bercuti tu . . .
jiwa aku melayang . . .
jiwa aku kosong . . .
kenapa aku harus rasa begini . . 
perlukah aku teruskan semua ini . . .
aku dah tidak larat hidup dalam hipokrit . . .
pura-pura happy . . .
hurm . . . .
ya allah . . .
hamba mu ini tidak kuat lagi ya allah . . .
aku rasa mcam hidup aku dah tiada life . . .
apa yang aku cari dalam hidup aku sebenarnya . . .
perlukah aku menyepi . . .
biarkan diriku bersendirian . . . 
atau teruskan dengan kepura-puraan . . 
seolah-olah aku bahagia  . . . 
bahagia ke aku ?
entah la . . .
hidup tiada noktah . . .
kecuali mati . .  .

Saturday, 22 October 2011

sebelum aku terlupa ?

aku ada satu cerita sebelum aku terlupa . . .
ni kisah benar . . .
masa aku kat sekolah dulu . . .


ada member aku mak dia meninggal masa tu . . .
sedey gila bila aku degar kata2 dia . .
serius sedey yang teramat . . .
pilu beb . . .


dia cakap . . .
mak jangan la pergi . . .
adik rindu kat mak . . .
mak adik janji adik akan dengar bila mak berleter (marah) . .
mak adik rindu nak dengar mak marah adik . . .
dulu adik buat tak tahu je mak marah adik . . .
mak adik sunyi sangat . . .
dulu adik tak suka bila mak berleter . . .
sekarang adik nak dengar sangat mak berleter . . 
adik rindu mak . . .
adik sunyi . . .
kenapa lah adik tak hargai bila mak berleter . . .
sekarang tak ada sape nak berleter kat adik . . .
adik sunyi mak . . .
mak kalau mak masih ada . . .
adik nak dengar mak berleter . . .
adik tak buat tak tahu . . .
mak andai masa boleh putar balik ke zaman lampau . . 
adik akan putar mak . . .
mak adik sayang mak . . .


masa aku baca apa yang kawan aku tulis . . .
menitis beb air mata aku . . .
betapa kita lupa . . .
leteran yang sering mak kita lemparkan . .
adalah sesuatu yang amat berharga . . .
berharga dari emas . . .
jangan lah bila ia sudah tiada baru kita nak hargai . . .


mengertilah  . . .
bila seorang ibu marah atau buat sesuatu yang tidak menyenangkan kita . . .
sebenarnya itu adalah sesuatu yang terbaik untuk kita . . . 

Friday, 21 October 2011

kenapa ? . .

kenapa kadang2 orang susah nak paham kita . . .
kenapa semua orang cakap kita hapy . . .
hari ini aku rasa sedey sangat dengan hidup aku  . . .
aku tak tahu kenapa ?
tapi tiada siapa yang mengerti ?
tiada siapa ambil peduli ?
sebab masing ada masalah sendiri . . .
aku rindu sangat dengan mak , ayah dan keluarga aku dekat kampung . . .
walau pun baru 3 minggu aku tak balik . . .
aku sedey sangat . . .
sebab masa aku sedey diorang tak ada disisi ku . . .
kerana diorang lah yang memahami aku . . .
aku rindu sangat diorang . . .
aku rindu suasana kampung . . .
aku tak suka suasana bandar . . .
walaupun dekat bandar . . .
semua ada ? ( bak kata orang )
tapi bagi aku . . .
kat bandar banyak kekurangan  . . .
tiada apa pun yang istimewa . . .
aku nak sangat balik kampung . . .
nak jumpa family aku . . .
aku rindu kat diorang sangat2 . . .
diorang la yang memahami aku sepenuhnya . . .
sebab aku anak diorang . . . 
sebab aku lihat dunia . .
aku dah bersama diorang dalam perut ibuku . . .
darah diorang ada mengalir dalam tubuhku . . .
dulu masa aku kecik diorang selalu ada dengan aku . . 
bila bila dah besar .  . .
aku terpaksa merantau . . . 
untuk diri aku dan keluarga aku . . 
tapi dalam masa yang sama . . .
aku tak sanggup  nak berjauhan dengan keluarga aku . . .
bila aku merantau terlalu banyak kisah hidup yang aku lalui . . .
macam2 dugaan aku tempohi . . .
kadang2 aku rasa macam dah tak sanggup nak hadapi semua ini . . .
demi keluarga yang membesarkan aku dari tapak tangan aku sebesar dua jari . . .
sampai aku besar . . .
dan kenal apa itu kehidupan dan dunia . . .
kadang2 aku terfikir . . .
kalaulah diorang tak ada mcam mane hidup aku . . .
baru berjauhan 3 minggu je . . .
aku dah rasa mcam ni . . .
aku tak tahu kenapa ?
bila aku balik kampung ?
aku lihat mereka ?
aku lupa segalanya masalah yang aku tanggung ?
ya-allah betapa besarnya engkau ciptakan pertalian anak dan ibu bapa . . .
tapi aku tak paham kenapa anak remaja sekarang ramai yang derhaka pada ibu bapa nya . . .
kadang2 aku kecewa melihat remaja sebegitu . . .
sejahat mana pun ibu bapa kita . . .
dia tetap ibu bapa kita . . .
tanpa mereka ?
siapa kita kat dunia ni ?
tanpa mereka ?
kenal kah kita erti semua kehidupan ?
kita patut bersyukur ?
kerena mempunyai ibu bapa ?
dan kita tidak dilahir kan tanpa ibu bapa ?
dan kita dilahir kan dalam keadaan yang sempurna ?
cuba kita bayang kan jika kita di lahir kan di tong sampah ?
tidak tahu ibu bapa ?
hargailah mereka jika anda merasakan yang anda seorang anak dan hamba dimuka bumi ini . . .
jangan terlambat melakukan sesuatu yang baik . . .
ingat kita pun akan menjadi mak mahupun ayah suatu hari nanti  . . .
dan masa tu lah . . .
kita akan mengerti betapa susah nya menjadi seorang mak mahupun ayah . . .
hargailah ibu bapa kita seadanya . . .
selagi mereka masih bernafas . . .


renung2kan . .

Tuesday, 18 October 2011

KETENANGAN ?










apa kah yang dimaksudkan dengan ketenangan ye . . .
mungkinkah ketenangan datang dari harta yang banyak ?
mungkinkah ketenangan datang bila kita dapat apa yang kita nak ?
dan adakah ketenangan datang dengan sendiri ?
paham kah kita apa yang dimaksud kan dengan ketenangan ?
perlukah kita mencari nya ?
atau ianya datang dengan sendiri ?
pentingkah ketenangan dalam hidup seseorang ?
bila ketenangan tiada dalam hidup kita ?
apakah yang kita sering ?

mungkin kita akan sebut ?
ya ALLAH apa dosa aku ?
kenapa aku diuji sebegini ?
perlukah aku diuji sebgini ?
yang ALLAH aku dah putus asa dengan hidup aku ?
kalau macam ni lebih baik ENGKAU ambik je nyawa aku ?
aku tidak sanggup lagi di himpet perasaan sebegini ?
aku tidak kuat lagi diuji sedemikiam ?
aku hamdaMU yang lemah ?

pelukah kita keluarkan kata-kata sedimikan rupa ?
perlu ke ? persoalannya ?
apa yang kita nak sebenarnya dalam hidup ?
senang ?
banyak harta ?
kebahagian ?
adakah semua itu yang kita inginkan ?
tidak kah kita patut bersyukur apa yang terjadi pada kita ?
tahu kah kita ?
bahawa setiap manusia pasti akan duji dan menerima keperitan hidup ?
sebelum kita mendapat ketenangan dalam hidup ?

jangan lah kita menyalahkan sesuatu ?
yang datang dari kelemahan kita ?
dan jangan kita salahkan nasib hidup kita ?
apa bila kita duji ?
percaya lah !
apabila kita ingin sesuatu yang terbaik dari hidup kita ?
kita pasti diuji dengan perbagai masalah ?
dan masalah itu yang mematangkan pemikiran ?
tidak perlulah kita mengeluarkan kata-kata yang negetif ?
tapi sebalik nya kita bersyukur apa yang kita lalui ?
sebab kita masih diberi nikmat hidup . . .
insya-allah apabila kita bersyukur dengan hidup kita . . 
pasti ada ketenangan dan mungkin hari esok akan lebih baik dari hari ini . . .

fikirk-fikirkanla . . .
renung-renungkan dengan mata hati yang suci . . .
kita pasti menemui , apa yang terjadi pasti itulah yang terbaik untuk kita . .  .

Saturday, 15 October 2011

siapa lagi setia ?





serius bila aku tengok video ni balik ?
baru lah aku mengerti apa itu kesetian ?
hargailah kesetiaan seseorang dalam hidup kita . . .
betapa penting nya kesetiaan dalam sebuah ikatan  . . . .

Wednesday, 12 October 2011

APA BILA BOS BERBUNYI KITA MESTI JAWAB YESS BOSSS !! (.^_^.)



NI LAGI SATU NOVEL BEST !!!!
TERBAIK . . .
ALA2 KOREA NYA CITE . . .
HEHEHEHE
TENGOK COVER PUN DAH TAHU KAN . . .
TAK APA AKU BAGI KORANG TAHU SINOPSIS DIA . . . 



Sinopsis:

ak sesuai bekerja di Pizza Hut, Aryana masuk McDonald’s. Tak sesuai di McDonald’s dia pergi pulak ke Jaya Jusco. Sudahnya setiap tempat tu pun paling-paling lama pengalaman yang berjaya dikutip adalah selama dua bulan sahaja. Bukannya dia koman sangat. Lulusan universiti tu… tetapi nasib tidak menyebelahinya terutama sekali ketika sesi temu duga pegawai kerajaan.

Berkat ‘kabel’ mak ngahnya di Wisma Alam, Aryana akhirnya berjaya menjawat jawatan setiausaha di situ. Sangkanya dia bekerja dengan Datuk Maarof, rupa-rupanya dia adalah setiausaha kepada Ilham Irfan, anak Datuk Maarof. Pulak tu, Ilham merupakan kasanova yang punya ‘stok’ edisi model keliling pinggang.
Selain menjalankan tugas rasmi seorang setiausaha, Aryana juga dikehendaki menjalankan tugas ‘tak rasmi’ seorang setiausaha. Kena cover line untuk bosnya setiap kali bosnya mengular, juga ketika teman-teman wanita bosnya merajuk, perlu dipujuk dan sebagainya. Setiap arahan bosnya wajib dijawab dengan:- Yes, boss! Pening kepala Aryana meladeni setiap kerenah bosnya itu. Tetapi, boleh pula Aryana bertahan dengan sikap bosnya itu, hinggakan mereka semakin rapat.

Hati dan perasaan… siapalah yang dapat mengawalnya…. Dalam diam, Aryana telah jatuh hati dengan bosnya tetapi dipendamkan sahaja. Dia sendirian makan hati dengan sikap hidung belang bosnya itu.

Dan bila Aryana tiada di sisi, Ilham mula terasa kehilangan. Tatkala dia sedar bahawa dia memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos memerlukan setiausaha, dia terpaksa pula berdepan dengan mantan mat rempit di kampung Aryana yang kini sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli.

Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka dengan sikapnya yang hidung belang itu? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang menjadi pilihan hatinya? Bosnya ataupun mat rempit otai yang telah berubah menjadi ikon belia berjaya di kampungnya itu?

Tuesday, 11 October 2011

CiNtA AtaU KaSiH sAyAnG ?











hari ini aku nak berjiwang kejap . . .
boleh kan sebab aku tengah sayang seseorang . . . 
hehehehe . . .
tak salah kan bejiwang atau berjiwa kejap . . .

persoalannya adakah perasaan terhadap seseorang manusia dianggap kasih sayang atau cinta . . .
bila kita sayang seseorang tu . . .
adakah itu dnamakan cinta ?
sebab ramai orang cakap cinta itu buta ?
bila dah sayang seseorang tu . . .
semua ok . . .
contoh nya busuk bau wangi je . . .
orang la cakap . .  .
tapi bila sakit ?
sakit sangat bila dikecewa kan ?
hehehehe
rasa macam hidup ini dah tak bermakna beb . . . 
hehehehehe

persoalan nya ?
perasaan terhadap manusia adakah kasih sayang atau cinta ?
cinta dan kasih sayang benda yang berbeza ke ?

adakah cinta ini suatu yang indah dalam hidup ?
dapatkah kita mengerti apa itu sebuah cinta ?
mampukah kita wujud kan cinta sesama manusia ?
jawapan nya tidak . . . .
cinta hanya untuk yang satu . . .
iaitu ALLAH . . .
itu lah cinta yang sejati . . .
kita kena paham apa itu cinta dan apa itu kasih sayang . . .
bolehkah kita mecintai seseorang . . . .
jawapannya boleh . . .
tapi kita mestilah cinta seseorang tu kerana ALLAH . . . .

bukan mudah untuk kita mencintai seseorang kerana ALLAH . . .
kerana ada syaitan yang cuba memusnahkan kaum adam . . .

tapi sakit sangat bila kita sayang seseorang , yang tidak mempercayai kesetian kita ?
kenapa ek ?
orang paling tidak suka bila kita menipu ?
walaupun itu untuk kebaikannya ?
pernah atau tidak ia mengerti isi hati kita yang sebenarnya ?
tahukah dia yang kita teramat menyayanginya . . . 
pernah atau tidak ia terfikir yang kita buat semunya untuk dia ?
tapi kenapa bagi nya . . .
apa yang kita buat itu ?
tidak terbaik bagi nya . . . .
malah ada je silap dan kurangnya . . .

kenapa ek ?
perlu ke ada ego ?
kegoan tu selalu memakan diri aku ?
aku sering dipersalahkan ?

macam mane ek nak bagi tahu yang kita memang betul sayangkan dia . . .
kenapa ia susah nak mengerti ye . . . 
sedey nya . . . 

kenapa susah untuk ia mengerti bahawa kita memerlukan nya . . .
dan tiada niat untuk menduakan nya . . .
entah la . . . 
kadang-kadang sedey fikir semua ini . . .
kadang-kadang nak jadi gile fikir semua ini . . .
bukan senang bila kita dah sayang seseorang itu . . .
kita boleh buat tak tahu je . . .
apa yang berlaku . . .
dalam hidup aku . . .
aku tak pernah sayang seseorang macam aku sayang kat dia . . .
dia duk selatan . . .
johor tu ?
jauh ngan aku . . .

sebab bagi aku dia seorang perempuan yang aku anggap dah macam isteri aku . . .
dia jaga aku gila2 suatu ketika dulu . . . .
tapi disebab kan aku bua kesilapan menipu dia . . .
tapi semua tu untuk kebaikan dia . . .
tidak terlintas langsung aku nak kenakan dia . . .
aku sayang kat dia sebab itu kah aku sanggup buat pe je untuk dia . . .

aku tahu perempuan paling tidak suka kan kita menipu dia . . .
tapi bila aku jujur ia akan menyakitkan hati dia . . .
aku tak nak ia terluka . . .
tapi sebaliknya pulak . . .
bila ia tahu aku menipu . . .
lagi terluka dia aku buat . . .
hanya maaf yang mampu aku buat . . .

aku akan cuba pertahankan kesetian aku pada dia . . .
aku harap ia mengerti . . .
dan ia memahami pe yang aku lakukan selami ini untuk dia . . . .

alamak dah lari dari topik la pulak aku ni . . . .
hehehehehe . . .

jangan mara ye para pembaca  . . . .
kalau anda semua ada benda nak bagi pendapat . . . .
pendapat anda dialu-alukan . . .


aku harap seuatu hari nanti ia mengerti apa yang aku lakukan semua untuk dia . . . .
aku sayang dia sangat2 . . .
mungkin dulu aku masih mentah untuk mengenal erti kasih sayang . . .
dan apa itu erti sebuah cinta . . . 
insya-allah . . .
aku akan cuba perbaiki dari kesilapan dan kekurang aku . . . 
bukan mudah untuk kita belajar dari pengalaman .  . .

kepada insan yang aku sayang . . . 
harap ia mendengar isi hati ku . . .

cinta dan kasih sayang bila digabungkan . . .
kita mengatahui betapa indah nya ALLAH itu kurniakan kita sebuah hati . . .






Monday, 10 October 2011

FAKTA ATAU AUTA ?





ramai bersuara ?
tiada perempuan yang sanggup kahwin dengan lelaki miskin ?

sejauh mane ye kebenaran nya ?

ramai juga kata hanya lelaki je yang sanggup kahwin dengan perempuan miskin ?
betul ke kata-kata ini semua ?

dan tidak lupa juga ?
ada yang bersuara cinta itu buta ?
tidak kisah kaya atau miskin ?
seseorang itu ?
janji kalau dah cinta semua jadi ?
busuk jadi wangi ?
normal jadi gila ? (hehehehe sape makan cili dia rasa pedasnya)


dimana ek kebenaran semua ini ?
betul ke ye apa yang dikata-kata ?
hanya diri sendiri yang mampu berkata bagi pihak nya ?

berbalik pada topik kita ?
memang betul jika dibanding kan kaum wanita tidak akan kahwin dengan lelaki miskin . . .
tetapi ada suara dari kaum wanita yang berkata . . .
asal kan lelaki tu rajin bekerja dan mencari rezeki kaum wanita tidak kisah . . .
kalau malas memang la miskin . . .
kalau malas memang la perempuan tidak akan kawin dengan nya . . .

ada betul juga kan suara dari kaum wanita ni ?
mesti ramai yang akan undi dia . . .
hehehehe

tapi bila kita tengok dunia sekrang . . .
semua memandang kebendaan . . .

bukan cakap miskin . . 
kalau hidup sederhana pun perempuan tak pandang . . .
hehehehe
jangan marah ye kaum perempuan . . . 

perlukah kita menilai seseorang itu untuk menjadikan pasangan hidup kita melalui duit , harta benda ?
persoalannya bahagiakah kita ?
ramai kata kalau ada duit dunia ni kita yang punya ?
macam bahagia je kan bunyi nya . . .
tapi ramai musnah disebab kan duit ?
duit umpama penawar dan juga racun . . .
salah guna jadilah racun . . .
bila kita mencari pasangan hidup disebbkan harta bendanya . . .
kemungkinan kita akan mengalami satu kepahitan . . .
ye la . . .
kalau ade duit ?
ramai yang pandang ?
mulalah ramai yang jadi serangga perosak ? (macam iklan racun perosak) hehehehe. . . .

oleh itu . . .
jika kita ingin mencari sesorang untuk menjadi pasangan hidup . . .
pastikan kita menilai nya diatas dasar kejujuran dia . . .
bukan atas dasar kemewahan semata . . .

dan cinta yang suci hanya lahir dari hati yang murni . . .
jika cinta itu suci pasti ada kebahagian untuk nya . .  .
didunia mahupun diakhirat . . .
insya-allah . . .

renung-renungkanlah . . .
dan selamat menjalani kehidupan bersama yang tercinta . .
hehehehe . . .

NOVEL-NOVEL TERBAIK KOLEKSI SAYA (.^_^.)




MEMANG BEST CERITA INI . . . 
IA MENGINGAT KAN AKU PADA KESILAPAN YANG LALU . . .
SESUAI BETUL DENGAN TAJUKNYA . . . . .
BIARKAN IA BERLALU . . . 
"SEMALAM KENANGAN DAN HARI INI KENYATAAN"
"YANG BERLALU BIARKANLAH IA BERLALU"
"ANGGAPLAH IA SEBAGAI SEMANGAT UNTUK KITA TERUSKAN HIDUP "
"JANGAN BIARKAN IA MENGHANTUI KITA"
"UNTUK TERUS MENJALANI KEHIDUP"



Sinospis:

Pengkhianatan dan sikap dengki Tan Sri Khalid terhadap keluarga Nadia telah mengubah kehidupan gadis itu. Namun dia tetap tabah menerima untuk hidup dalam kesederhanaan selagi Johan anak Tan Sri Khalid sentiasa di sisi. Sehingga pada satu tahap kesabarannya telah goyah apabila Johan sendiri telah memutuskan hubungan mereka semata-mata kerana beberapa keping gambar ‘panas’ hasil pakatan mummy Johan, Puan Sri Normah dan calon menantu kesayangannya, Erin. Sejak daripada itu, telah tersemat satu perancangan untuk membalas dendam terhadap keluarga Johan.

Lima tahun Nadia membawa diri ke luar negara di samping mempelajari selok-belok perniagaan daripada Jason, seorang ahli perniagaan yang berjaya di UK. Dalam tempoh itu juga Nadia telah berjaya menubuhkan Friends Corporation di Malaysia sambil dibantu oleh dua sahabat karibnya: Tiara dan Baby. Nadia memberi sepenuh kepercayaan kepada dua sahabatnya itu untuk menerajui Friends Corporation di samping mempunyai muslihatnya tersendiri. Setelah mendapat tahu Johan akan berkahwin dengan Erin, Nadia pulang ke tanah air dengan membawa seribu satu azam.

Di Syarikat Friends Corporation telah menemukan Nadia dengan Syafiq, akauntan hebat syarikat mereka. Namun, untuk melicinkan rancangan balas dendamnya terhadap Tan Sri Khalid, Nadia terpaksa merahsiakan identitinya sebagai pemilik sebenar Friends Corporation daripada sesiapa termasuk ibu, Abang Im dan juga Syafiq. Oleh itu, Nadia memohon jawatan sebagai setiausaha kepada Syafiq a.k.a Lion King! Sikap keras kepala dan suka melawan Nadia menyebabkan Syafiq tertarik untuk menerima Nadia sebagai setiausahanya. Pelik! Namun, di sebalik sikap Si Lion King dan keras kepala Nadia sebenarnya telah menimbulkan satu perasaan halus dalam diri masing-masing tetapi kedua-duanya menafikan. Bagi Nadia, Syafiq telah mempunyai seseorang yang istimewa yang bernama Mia Khaisarah manakala bagi Syafiq, terlalu banyak rahsia dalam diri Nadia yang membuatnya keliru.

Adakah benar Nadia di mata Syafiq hanyalah seorang setiausaha ‘kesayangan’nya sahaja? Bila pula Nadia akan menonjolkan dirinya yang sebenar dan bagaimana dengan reaksi Syafiq? Seterusnya, terbalaskah dendam Nadia terhadap Tan Sri Khalid? Bagaimana pula dengan Johan? Dapatkah dia menerima kebenaran di atas apa yang pernah berlaku ke atas Nadia? Bagaimana pula kisah sahabat baiknya Tiara dan Baby dalam menerajui Friends Corporation? Atau Nadia akan biarkan semuanya berlalu….

NOVEL-NOVEL TERBAIK KOLEKSI SAYA (.^_^.)



TENGOK KULITNYA SAHAJA PASTI MENAWAN BELUM CERITANYA LAGI KAN . . . .


SAYA KONGSIKAN SIKIT TENTANG CERITA NOVEL INI . . .
BEST SANGAT CITE NI !!!!

Sinopsis:

‘Buaya darat terlaris’, itulah gelaran yang diberikan rakan-rakan kepada Adi Hamidi kerana sikap kasanovanya. Teman-teman wanitanya hanya dianggap sebagai teman untuk bergembira. Tidak pernah ada sedikit pun rasa cinta yang terbit daripada perkenalannya dengan teman-teman wanitanya kini setelah dia dipermainkan oleh bekas kekasihnya. Akibat kecewa dengan cinta pertama, dia menghukum semua wanita dengan menganggap bahawa cinta suci seorang wanita tidak pernah wujud.

Lantaran sikap kasanovanya itu membuatkan Kapten Mohamad, ayah kepada Adi Hamidi terpaksa campur tangan dalam hal perkahwinannya. Memandangkan umurnya yang sudah meningkat, Kapten Mohamad membuat keputusan untuk mengatur perkahwinan Adi Hamidi dengan anak rakan baiknya yang telah lama terpisah.

Demi kasih sayang dan rasa tanggungjawab kepada kedua ibu bapa telah mengikat Adi Hamidi dan Nur Alia dalam satu ikatan pernikahan tanpa rasa cinta dari kedua-dua belah pihak. Walaupun begitu, Nur Alia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Dia cuba menjadi seorang isteri yang terbaik kepada Adi Hamidi sekali gus berusaha untuk menghapuskan tanggapan buruk dan melunturkan ego sang suami dengan cinta dan kesetiaan yang ditunjukkannya.

Tanpa disedari, perasaan sayang kepada isterinya semakin hari semakin terserlah. Namun, ada sahaja dugaan yang melanda setiap kali mereka baru sahaja mahu mengecapi rasa bahagia. Ada sahaja pihak yang iri hati dengan kebahagiaan yang baru sahaja mahu menunjukkan sinarnya. Dapatkah mereka mengharungi semua dugaan ini

Sunday, 9 October 2011

~KEBENCIAN~




mengapa harus ada kebencian dalam hidup manusia . . .
apa itu kebencian ?
kebencian di ibaratkan api yang sedang membara . . .
yang pastinya kebencian itu . . .
tidak elok untuk kita . . .
pasti keamanan yang kita cari tidak akan bertemu , apabila kebencian berada dalam diri kita . . .
haruskah kita membenci seseorang itu dalam hidup kita ?
persolannya ? mengapa kita harus membenci seseorang . . .
perlukah kita membenci seseorang tu disebbkan kesilapannya ?
patutkah tidakan kita itu ?
cuba tanya pada diri kita ?
pernah atau tidak kita melakukan kesilapan ?
jika pernah ?
mengapa harus kita membenci seseorang itu dengan kesilapan yang dia telah lakukan ?
kita pun pernah melakukan kesilapan kan ?
mustahil kalau kita tidak pernah melakukan kan kesilapan kan ?
oppss ! . .
sebelum terlupa kesilapan yang kita lakukan tidak bermaksud yang kita tidak sempurna . .
tolong ye jangan guna kata-kata saya tidak sempurna atau i not perfect . . .
haruskah kebencian itu terus menyala dan membara didalam jiwa ini . . .
mampukah kita hidup dalam kebencian ?
ingat !!!
sekali kita membenci orang , ramai yang akan membenci kita ?
kebencian itu datang nya dari diri kita sendiri . . .
tidak susahkan untuk suruhnya pergi ?
dan mencari hati yang damai . . .
maka kita akan menemui kehidupan hakiki . . .
percayalah . . .
hayatilah dan mengertilah erti hidup yang sebenar . . .
dan jangan terlalu menilai dan membandingkan kita dengan seseorag yang lain . . .




Thursday, 6 October 2011

~PERBUATAN TIDAK SEMUDAH KATA-KATA~




perbuatan tidak semudah kata-kata . . .
kenapa aku cakap macam tu . . .
pasti semua tahukan . . .
yang perbuatan tidak semudah kata-kata . . .
jika kita hanya sekadar berniat . . .
bukanlah tidak bagus kalau kita berniat untuk lakukan sesuatu yang terbaik . . .
tapi pernah atau tidak kita bertanya pada diri yang mampukah kita melalukan sesuatu apa yang kita niatkan . . .
tahukah kita bahawa bila kita sudah berniat . . .
dan kita tidak melakukan nya . . .
apa yang kita akan terima dan tanggung . . .
apabila kita terpukau dengan sesuatu keadaan dan didesak oleh waktu atau masa . . . 
kita hanya mampu berkata-kata . . . 
sedangkan kita tidak mengatahui apa yang kita katakan . . .
dan mampukah kita laksanakan apa yang kita katakan . . . 
kata-kata memang mudah . . .
tapi tahu kah kita , perumpamaan yang mengakatakn  . . .
biasanya jalan mudah pasti diakhiri dengan kekesalan . . .
dan begitulah juga dengan kata-kata . . .
tidak sukar untuk melafazkan sesuatu . . .
dan mudah untuk berkata-kata . . .
tapi untuk melakukan kata-kata ?
adakah semudah kata-kata yang kita lafaz ?
dan mengapa kita sering menyalah orang yang selalu berkata-kata ?
apabila ia tidak melakukan kata-kata nya ?
penah tak ?
kita terfikir kenapa ?
bagaimana ?
disebabkan apa ?
ia tidak dapat melakukan atau tunaikan kata-katanya . . .
malah kita menyalahkannya ?
wajarkah tindakan kita itu ?
benar wajar ?
bagi seseorang manusia ia akan menjawab wajar . . .
jika ia tidak memahami apa itu kata-kata ataupun ia tidak memikirkan tentang situasi orang itu apabila ia berkata-kata. . . .
jangan kita menghukum orang yang tidak mampu menunaikan kata-katanya bila melihat situasi nya . . .
layakkah kita menghukum sesama manusia . . .
fikir-fikirkanlah . . .
setiap manusia ada pendiriannya . . .
dan manusia yang selalu berkat-kata , ingatlah bahawa sebelum anda berkata-kata pastikan anda mampu untuk melakukannya . . .
tapi segala kata-kata perlukan sokongan hati atau niat yang ikhlas . . .

"terlajak perahu boleh diundur "
"terlajak kata-kata buruk padahnya"

renungkan bersama . . . 
yang lepas jadikan perdoman . . 


~MANUSIA TIDAK SEMPURNA ? ~


mengapa manusia sering lupa . . .
kenapa aku kata begitu , kepada manusia . . .
sedang kan aku sendiri juga manusia . . .
kerana manusia selalu mencuba untuk lari dari kesilapan diri sendiri . . .
dan kata sedemikian . . .
tapi sedarkah kita . . .
kita tidak layak kata begitu . . . .
kerana manusia adalah sebaik2 kejadian .  . .
megapa harus kita salah kan kejadian kita ?
dan menganggap kejadian kita tidak sempurna ? . . .
jangan lah , sesekali kita menyalah kan kejadian kita . . .
hanya kerana ingin lari dari kesilapan diri sendiri . . .
setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan . . .
dan kesilapan dengan ketidak sempurnaan adalah satu situasi yang amat berbeza . . .
jangan sesekali kita samakan kesilapan diri kita dengan ketidak sempurnaan seseorang . . .
kepada sesiapa yang membaca blog ini harap anda dapat membeza kan ,
mane satu kesilapan dan mana satu ketidak sempurnaan . . .
saya percaya setiap manusia pasti tahu membezakan mana satu intan mana satu permata . . .
begitu jugalah membezakan mana satu kesilapan dan mana satu ketidak sempurnaan . . .
hargailah kejadian kita , dan cuba untuk berani akur dengan kesilapan dan kesalahan kita . . .




Wednesday, 5 October 2011

~AIR MATA~



air mata . . .
apa itu air mata . . .
ramai kata air mata ibarat mutiara yang lahir dari hati yang suci . . .
ada juga kata air mata tu , air murahan sebab ramai yang keluar kan air mata hanya untuk mengambil kesempatan di atas kelemahan seseorang . . .
tapi bagi aku air mata adalah anugerah yang paling berharga . . .
kenapa aku cakap macam tu , kerana air mata tidak semua orang dapat mengerti . . .
kenapa air mata boleh keluar ?
kenapa ia mengalir dengan penuh irama ?
kenapa bila ia mengalir susah untuk ia berhenti ?
kenapa bila ia keluar mengalir hati kita tidak berhenti - henti merasa kesakitan ?
apa kaitan air mata dan hati ?
kenapa hati perlu merasa kesakitan bila air mata keluar ?
terlalu banyak persoalan kan ?
sebab itu air mata adalah anugerah yang paling berharga . . .
kerana keluar nya ia dari mata seseorang , pasti hati nya merasa kesakitan . . .
jika air mata keluar mengalir biarkan lah ia mengeluar mengalir , biar ia kan ia pergi . . .
jangan sesekali pendam , atau simpan air mata itu . . .
jika nanti diri yang akan binasa dan diri juga yang akan menanggung segala kesengsaraan . . .
jika air mata ditahan . . .
"air yang mengalir biarkan ia mengalir"
"jangan sesekali kita tahan"
"kerana ia nya diibaratkan air sungai yang mengalir"
"untuk membantu kita untuk terus hidup"
"jika ditahan maka sengsara lah hidup kita"