Wednesday, 9 November 2011

cerita kehidupan seorang lelaki dalam percintaan bahagian 1

sejak dibangku sekolah menengah lagi aku cuba untuk mengenali hati seorang wanita . . .
masa aku ditingkatan tiga , baru lah aku mempunyai perasaan terhadap perempuan . . .
sebelum ni aku rasa perempuan macam biasa je . . . macam kawan2 laki aku yang lain . .
tapi entah kenapa hati aku rasa lain bila ditingkatan 3 dengan perempuan . . .
aku mula ada perasaan suka pada perempuan . . . suka macam mana aku sendiri tidak tahu . . .
semenjak dari tu aku ada suka pada seorang perempuan . . .
tiba2 sikap aku berubah . . .
aku menjadi seorang yang pemalu . . .
sebelum ni orang cakap aku ni jenis ikut suka je nak buat apa . .
tapi bila aku suka pada seorang perempuan ni . . .
bila member sembang dengan dia aku jadi malu lak lepak sekali . . .
sebelum ni . . .
kalau ajak lepak ngan sape2 pun aku henyut je . . .
akulah yang paling kecoh . . . tapi entahlah . . .
bila ada dia aku jadi permalu . . .
kadang-kadang bila fikir balik siot je perasaan ni . . .
hari demi hari aku cuba rapat dengan perempuan yang aku suka tu . . .
lama2 aku dapat no.tel rumah dia . . . seronok beb , rasa macam dunia ni aku yang punya . . .
aku pun apa lagi mula . . . balik sekolah je tel dia guna no.tel rumah aku . . .
teknik aku selalu guna nak tanya kerja sekolah . . . hehehe
sampai bising la mak aku bil melambung . . . biasa lah orang baru nak kenal erti cinta monyet la kata kan . . .
hari demi hari aku cuba rapat kan hubungan kami sebagai kawan . . .
sampai lah satu hari aku berani kan diri . . . tanya pada dia ? awak saya suka kat awak ? sudi tak awak jadi awek saya ?
sebenarnya nak kata berani pun tak jugak ? sebab aku cakap dalam tel je macam tu ? tapi sejuk jugak la tangan aku pegang ganggang tel tu . .
nak tahu tak ? dia jawab apa ? awak saya nak berlajar dulu la . . .
malas nak couple2 ini . . . dengan hati yang agak sedey . . . aku jawab ok bagus la kalau macam tu . . .
aku pun fikir positif la . . . dia nak berlajar . . . tunggu je la bila dia dah abis berlajar . . .
keesokan hari nya aku pergi sekolah tiba-tiba muka aku merah semacam je nampak dia . . .
tak bertegur aku sehari . . . maklum la , malu la kata kan , sebab lamaran aku ditolak . . .
balik sekolah aku tel dia balik . . . aku cakap sory sebab saya tak tegur awak kat sekolah tadi . . .
pastu dia cakap ok . . . dia macam dah tak nak layan aku sangat semenjak aku cakap aku suka kat dia . . .
hari demi hari hubungan kami makin regang . . . pmr pun dah nak dekat aku fikir mukin dia nak berlajar . . .
aku tanam dalam diri jangan ganggu dia nak belajar . . . lagi seminggu nak pmr , aku dapat tahu dia ada pakwe dah . . .
pakwe dia budak senior tingkatan 5 . . . masa tu aku rasa dunia ni bukan aku punya dah . . . pedih jugak hati ni . . .
tapi masa tu aku masih kat sekolah tak ada la rasa sakit sangat macam orang dewasa bercinta atau kecewa dalam bercinta . . hehehe
selesai je pmr . . . maka masuk lah tingkatan 4 . . . kebetulan result pmr aku ok la . . . aku pun masuk la sekolah sains . . .
masa tingkatan 4 aku malas nak layan perempuan , bosan dah . . . nanti kena marah dengan mak aku lagi bil telefon melambung naik . . .
nak tahu apa aku buat masa tingkatan 4 . . . keje aku kenakan perempuan je . . .
peh masa tu rasa seronok pun ada jugak . . . hehehehe . . sebab orang kata masa tingkatan 4 , adalah masa bergembira . . . hehehe
aku dengan tidak sedar diri nya . . .
apa lagi enjoy tak ingat masa tingkatan 4 . . . tapi bab2 perempuan memang tak ambik port lah . . .
kawan-kawan aku lak nak berjiwang . . . aku layan kan aje . . .
so aku masuk tingkatan 5 la pulak lepas setahun aku di tingkatan 4 . .
masa tu orang cakap kena la berlajar betul-betul . . .
nak tahu apa aku buat . . . aku pergi jatuh hati kat seorang perempuan ni . .
perempuan yang aku selalu kenakan masa aku ditingkatan 4 . . . hehehe
pelik kan aku ni ? time ada exam besar la aku nak bercinta . . .
tapi kali ini lain sikit . . . dia bagi aku semangat . . . dia kata dapatkan yang terbaik . . . lepas keluar result spm dia akan bagi keputusan . .
masa tu aku rasa semangat nak berlajar . . . pergi sekolah pun rajin , walaupun aku ini malas jugak pergi sekolah . .
nama je pegawas aku ini . . . ada jawatan lagi dalam pengawas . . . disebabkan jawatan tu la , member aku yang selalu buat kes clear aku bersih kan nama diorang . . .
bila difikir-fikir balik jahat jugak kan aku ni . . . tak amanah langsung . . .
maka spm pun berlalu meninggalkan aku . . . dan result keluar tidak lama kemudian . . .
apa lagi aku tuntut la janji dia . . . hehehe setahun lebih tu aku menunggu . . . ops terlupa , nak cakap pasal result spm aku . . .
result spm aku boleh la diterima . . . hehehe ( paham-paham sudah )
so aku tuntut la janji dia . . . dia pun jawab la . . .
berdebar-debar masa nak tahu jawapan dari dia ?
akhirnya dia jawab . . . jawapan dia ..... dia cakap...... dia sudi terima aku . . .
peh ni betul-betul tak sia-sia pengorbanan aku menunggu . . .
tapi ada sedey jugak . . . sebab bapak dia pegawai . . . elok je dia abis spm , dia kena pindah kat tempat lain . . .
jauh jugak la dengan aku . . . tak pe ? masa tu aku dah ada telefon bimbit . . .
senang la nak contat dia . . . dipendek kan cerita hubungan kami ok . . .
sampai lah aku dapat tawaran uitm bidang sains . . . gembira gila masa tu . . .
ye la , buat tak gembira ? awek ada ? sambung berlajar pun dapat . . .
alhamdulillah . . .
peh apa yang aku fikir . . . adalah setia . . . tak boleh noty2 . . hahaha
dan dia pulak masuk tingkatan 6 . . . katanya nak buat digree senang .  . .
ok nak cakap apa lagi ? aku sokong je la . . .
dan kami terpisah jauh gila . . . aku di n9 dia dipahang . . .
so contat guna tel je la . . . tapi tak selalu dapat contat ? sebab dia kan sekolah lagi . . . heee . .
so time dia balik rumah je lah contat . . .
dah la dia duduk asrama , adoi ~ . .
tapi aku tetap setia , sebab dia perempuan pertama terima aku , tapi dia dah berapa banyak terima lelaki ? tu aku tak tahu ?
hari demi hari hubungan kami makin teruk ? teruk sangat ?
aku pun dah nak dekat final ?
dah la kelas bi aku selalu ponteng ? patutnya aku kena bar dah ?
dia selalu buat hal ?
sakit kan hati aku ?
aku cuba pertahan kan ?
sampai hati aku sakit sangat ?
air mata pun dah tak larat nak mengalir ?
aku tanya dia ?
dia dah tak suka kat aku ke ?
cakap je la tak payah la nak buat aku macam ni terseksa ?
dia cakap dia stress study ?
dalam hati aku ? ye la aku tak stress lak study . . .
hari demi hari , makin teruk . . .
aku nak final lagi dua hari je . . .
sakit sangat masa tu . . .
kelas langsung aku tak pergi ?
apa nak jadi dengan aku pun tak tahu la . . .
final exam pun bermula . . . aku pun dengan tak study apa2 . . . terus pergi exam dalam keadaan tak terurus . . .
masuk hari kedua aku exam dia tak balas mesej dan tak angkat call aku . . .
lepas tu aku cuba contat abg angkat dia  . . .
kawan baik aku jugak . . . aku suh kawan aku tu tanye dia . . .
dia cakap dia dah tak ada hati dah kat aku . . . bila kawan aku cakap maca tu . . .
terus aku call awek aku . . . dia angkat . . . dan dia terus cakap di dah tak sayang aku . . .
dengan keadaan aku , aku mampu mengalir kan air mata je . . . dan aku cakap kat dia , aku doakan dia bahagia dengan orang yang dia sayang . . .
selesai sudah exam . . . aku pun balik rumah . . . hati masih terluka . . .
tidak lama kemudian . . . result keluar . . . masa tu aku rasakan , macam aku nak mati je . . .
mungkin mati lebih baik . . . dalam hati yang terluka . . . aku dismiss uitm . . . dlam bahasa kasar nya aku kena tendang . . .
masa tu aku rasa pilu sangat . . . sebab ada hati yang terluka , iaitu mak dan ayah aku . . .
hidup aku jadi tak tentu arah ? aku hilang segala nya . .  syukur masih ada keluarga . . . masa tu begitu kuat dugaan hidup aku . . .
kemana aku nak pergi ?
apa yang patut aku lakukan ?
dunia aku dah berakhir ?
macam-macam bermain difikiran ku ?

3 comments:

  1. besabar lah dlm cinta
    kerana awan mendung x selamanya berarak
    mungkin kebahagian yg di idamkan masih dlm pencarian .. :) Moga bertemu dgn cinta sebenarnya kelak ..

    ReplyDelete
  2. jangan berhenti mencari cinta.....

    ReplyDelete
  3. ikut kata pujangga ulama melayu....
    "kalau sayang seseorang, janganlah terlalu sayang sangat, boleh jadi suatu hari nanti menjadi benci pula.....kalau benci seseorang, janganlah terlalu benci sangat, boleh jadi suatu hari nanti akan menjadi sayang pula"

    hati kita memang sentiasa dibolak-balikkan oleh Allah :)

    ReplyDelete