Tuesday, 1 November 2011

harapan ibu bapa hancur (Tempat letak kereta sasaran remaja lepas nafsu)

SHAH ALAM: Persekitarannya yang sunyi tanpa pengunjung, terutama pada hari bekerja, menjadikan kawasan tempat letak kereta bertingkat di atas sebuah pasar raya besar di Seksyen 7, di sini, sebagai sasaran remaja untuk melampiaskan nafsu bersama pasangan.

Tinjauan Sentral pada lewat malam mendapati, beberapa kereta diletakkan berjauhan bagi mengelakkan perbuatan maksiat mereka dihidu oleh orang awam.
Sentral turut dimaklumkan, kawasan tempat letak kereta itu menjadi sarang maksiat berikutan tiada pengawasan pihak berkuasa di tempat itu.
Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Aida, berkata kegiatan remaja yang sebahagiannya adalah pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) itu sudah berlarutan sejak dua tahun lalu.

Katanya, kawasan itu menjadi pilihan pelajar kerana ia lebih dekat untuk ke kuliah.

"Ramai pelajar menjadikan kawasan tempat letak kereta itu tempat melepaskan rindu dan akibat tiada pengawasan serta kawalan, mereka tidak takut dan menjadikan aktiviti itu sebagai sesuatu yang biasa.

"Mereka bukan saja melakukannya pada lewat malam, waktu siang pun selalu ada," katanya.
Seorang penduduk yang enggan dikenali turut menyarankan supaya kegiatan pelajar tidak bermoral itu dibongkar.

Dia yang membuka perniagaan alat tulis di kawasan itu berkata, sehingga kini, tiada mana-mana pihak menggempur kawasan maksiat itu yang tidak lagi menjadi rahsia bagi sesetengah penduduk di sini.

"Saya sedih kerana ibu bapa meletakkan harapan tinggi kepada anak-anak, tetapi mereka melakukan perkara yang boleh merosakkan masa depan sendiri tanpa berfikir kesan bakal dihadapi," katanya.


kata - kata dari aku . . .

adakah ibu bapa mereka melahirkan mereka untuk mereka menambahkan dosa pada ibu bapa mereka . . .
tahukah mereka ? . .
betapa susah nya untuk membesarkan seorang bayi menjadi seorang anak dewasa . . 
tapi bila dewasa . . .
bukan mereka ingin membalas jasa ibu bapa mereka . . .
malah membalas dengan menambah dosa pada ibu bape mereka . . .
wahai anak . . .
mengertilah . . .
tanye pada diri . . .
mengapa aku di lahirkan ?
mengapa aku berada didunia ini ?
adakah aku dilahir untuk dimasukkan ke neraka dengan apa yang aku lakukan ?
fikirkan lah ?
sesungguhnya anda membentuk sesuatu corak dikain yang bersih ?
cantik akhlak maka cantik la corak itu . . .
renung2kan lah . . .


No comments:

Post a Comment