Tuesday 8 November 2011

Hakikat Bakal seorang "Isteri"

kisah ni aku ambik dalam forum . .
kisah benar dari seseorang . . .


Saya seorg pelajar universiti di selatan tanah air. Akan mendirikan rumah tangga pada bulan depan. Bakal berkahwin dgn seorng lelaki yg dikenali hampir tiga tahun lalu, dan mengikat tali pertunangan selama hampir 1 tahun bersama beliau. Tunang sy mempunyai pekerjaan tetap di jab govmen di ibukota. Tunang sy merupakan anak sulung dan mempunyai byk tgngjwb sbg sorng abg. keluarganya bukan org senang, hanya membuka gerai makan. Tunang yang saya kenali ini, seorang yg sgt baik di mana pada kali pertama gajinya, dia telah membelanjakan semuanya kpd keluarganya. Malah membeli sebuah kereta utk bapanya. walaupun hakikatnya tunang sy tidak mempunyai kenderaan, malah lesen memandu kereta. dia lebih rela menapak. Pendek kata, dia ingin memlihat keluarganya bahgia dan senang dr sebelum ini yang agak susah.

Sebagai pula bakal seorg menantu sulung, sy amat memahami keadaan ini. Sejak mula sy berkawan dgn dia lagi, sya telah tanam di dlm diri utk cuba belajar menerima semua yg sedia ada pada tunang sy. walaupun sy berasal dari salah satu keluarga di bandar yg terletak di utara, sy tidak kekok utk membuat kerja2 umah, malah memijak kaki di kampung dan sawah bendang tempat tunang sy tinggal. Kerana sya sgt sukakan kehidupan di kampung di mana sblm ini saya tdk pernah ada peluang utk hidup di situ. Bagi saya di mana saja kita, kita tetap sama, manusia biasa. tiada peringkat2 atau darjat antara kita.

Namun sejak akhir2 ini, sy dapati sikap dia agak berubah. Dia nmpak tertekan dgn persiapan utk perkahwinan kami. dia tidak mempunyai simpanan yg cukup utk perkahwinan kami. Utk pengetahuan, pengajian saya walaupun ditanggung oleh pinjaman tetapi makan, minum dan duit tambang balik, semuanya di tanggung tunang. Malah buku2 saya juga. Dia byk berkorban utk saya dr segi kewangan. Kadang2 kami berjimat, dan mengikat perut sekiranya duit mkn cukup2. Kami jarang2 keluar bersuka ria, spt shopping dan berhibur krn kami tidak suka menghabiskan duit dgn sia2. tetapi kami byk menghabiskan duit dgn makan shj. Ibu bapa sy walaupun berkerjaya, mereka tidak mempunyai simpanan utk saya dan adik beradik yg lain. Hakikatnya kami byk berdikari.

Pernah dia membuat pinjaman utk perkahwinan kami. sewaktu itu saya sangka masalah kewangan kami utk majlis perkahwinan kami dah selesai, kerana kami dapat membeli barang2 hantaran dan lain2. Namun, apabila saya selidiki rupanya duit simpanan itu sudah habis. Kerana menghabiskan duit tersebut mambayar hutang keluarganya, membeli barang kpd mereka dan sebagainya. Saya agak terkilan, dan cuba bertanya kenapa secepat itu duit habis. Katanya, duit pinjaman yg diperolehi tidak byk. Kalau waktu sebelum itu sy tahu pinjaman yg diperolehi sedikit, sy tidak akan memintanya membeli barang2 hantaran yg mahal. cukuplah yang murah janji sekadar ada sahaja.

Sekarang sy agak gusar, lagi 3 minggu tarikh perkahwinan kami. X henti2 saya berdoa, moga Allah permudahkan segala urusan kami. saya sebenarnya kalau boleh tidak mahu menyusahkan dia. Saya ingin membuat kenduri yn kecil shj, tetapi saya adalah hanya seorng anak gadis biasa. semua keputusan ibu bapa saya yg lakukan. Saya hanya menurut dan mematuhi mereka. itupun sudah byk saya kurangkan, dari segi brng2 hantaran utk diberikan pada saya. Saya tidak meminta segala kelengkapan spt kasut, beg tangan dan lain2 spt wanita2 lain. saya hanya meminta sebuah al-quran sbg mas kahwin saya, dan brng hantaran yang biasa2 spt sebuah buku, telekung, kain ela..dan makanan. saya tahu, sudah byk dia menghabiskan duit utk saya. saya tidak mahu lagi membebankan dia. Namun apabila sy menegur dia ttg tempoh yg semakin dekat ini, sy selalu dimarahinya. Katanya semua harap padanya. Termasuk persiapan bunga telur pihak perempuan dan mcm2 lagi. Sebenarnya andai sy bekerja, sy tidak akan meminta2 pdnya. sy akan menguruskan segala2 menggunakan duit sendiri. namun siapa lg yg saya boleh harapkan, selain dia. Umpama kini, saya spt meminta2 pdnya. sy rasa malu sgt, umpama maruah sy berterbangan di dana sini. sekarang juga, selalu saya menerima tohmahan ataupun kata2 darinya yg amat menyakitkan hati. tetapi saya telan semuanya dan bersabar. Dia seorg anak sulung. Jadi sy amat faham dgn sikap egonya dan panas barannya. Saya tidak segera simpan semuanya di dlm hati. cepat2 saya buangkan semuanya. Dan berdoa moga Allah memberi kesabaran sentiasa di dlm hati saya dan dia.

Cuma saya agak terkilan bila dia mengukit saya, bapa dan ibu saya sama shj. selalu menyibuk urusan dia dan menyusahkan dia. saya agak terluka. saya x minta semua ini. Adakala saya mahu shj menamatkan semua ini, dan pergi jauh spy dia tidak merasa susah lagi dgn kehadiran saya. Namun saya memikir jauh, maruah keluarga saya dan keluarganya. saya tidak mahu menjadi anak derhaka, tidak mehu menjadi tunang yg tidak tahu mengenang budi.

Demi Allah, apabila saya sudah tamat pengajian nanti dan bakal bergelar seorg guru. Saya akan bekerja. saya akan membantu dia pula. saya akan menanggung dia menyambungkan pengajiannya dan membelikan dia sebuah kereta impian dia. Ini janji saya pada dia, malah saya juga telah bernazar utk melakukan itu pada dia. InsyaAllah..saya mengharapkan itu. Saat saya menulis bingkisan ini, airmata jatuh satu persatu di pipi saya,.berdoa moga Allah memberi saya jalan bagaimana utk menghadapi segala kesulitan ini. Kepada sahabat2 semua, bantulah saya..andai tidak dpat memberi pendapat setakat berdoa utk kami berdua sudah mencukupi..saya sgt menghargainya..berdoalah supaya segala yg kami rancang berjln dgn baik dan allah memudahkannya utk kami..

1 comment:

  1. pilu bila baca...adeiiii...

    Pengorbanan itu kadang kala perit kadang kala gembira...

    PeNgembara

    ReplyDelete